Ciri Slot Pilihan

Kunjungi bahagian Booking Planner untuk menggunakannya!

Gunakan Ciri Slot Pilihan* untuk jana pendapatan yang lebih konsisten!

*Hanya untuk bandar terpilih sahaja.

Cara Ciri Slot Pilihan berfungsi

Ciri Slot Pilihan adalah ciri yang membolehkan rakan-penghantar di bandar terpilih untuk memilih slot kawasan & masa menerima pesanan GrabFood, GrabMart atau GrabExpress.

Dengan ciri ini, rakan-penghantar boleh tempah slot pada masa dan di kawasan tertentu sahaja (mengikut tawaran). Slot adalah terhad dan rakan-penghantar tidak boleh memilih jenis pesanan yang diterima semasa slot.


Manfaat Ciri Slot Pilihan


Perbandingan

Tempah Slot

Rakan-penghantar yang layak boleh menempah slot di bahagian Booking Planner (Perancang Tempahan) dalam aplikasi pemandu anda seperti di bawah:

*Imej adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Abaikan jumlah yang tertera.

Nota Penting:

  • Setiap kawasan mempunyai slot masa tersendiri yang berlangsung sehingga 3 jam setiap slot.
  • Slot dikemaskini secara harian, dan akan ditawarkan (i) 3 hari sebelum slot bermula untuk rakan-penghantar Ultimate dan Platinum, dan (ii) 1 hari sebelum slot bermula untuk rakan-penghantar Gold dan Member.
  • Anda perlu tempah slot sekurang-kurangnya 5 minit sebelum slot bermula.
  • Anda diingatkan untuk melakukan slot setelah anda menempahnya. Jika anda terlepas slot lebih daripada sekali, anda boleh disekat daripada menempah pada minggu seterusnya.

Batalkan Slot

Jika anda tidak dapat melakukan slot, anda boleh batalkannya 10 minit sebelum slot tersebut bermula seperti di bawah:

*Imej adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Abaikan jumlah yang tertera.


Notifikasi

Anda akan menerima notifikasi peringatan seperti di bawah untuk slot anda:

Semua rakan-penghantar di bandar terpilih boleh menempah slot. Hanya masa untuk mula menempah slot yang akan bergantung kepada peringkat anda. Rujuk berikut:

Untuk setiap rakan-penghantar, tempahan dihadkan kepada 12 slot sahaja dalam satu masa. Rakan-penghantar yang sudah menempah jumlah maksimum ini hanya boleh menempah slot baru selepas anda melengkapkan slot anda yang sedia ada.

Contoh:

  • Jumlah slot yang ditawarkan adalah terhad. Rakan-penghantar akan dikira tidak layak untuk slot pada minggu-minggu seterusnya sekiranya anda tidak “online” atau berada di luar kawasan slot yang dipilih berulang kali.
  • Jika anda tidak dapat melakukan slot anda di atas sebab kecemasan/faktor cuaca (contoh: hujan lebat), anda boleh “offline” dan tidak meneruskan slot tersebut.
  • Tindakan hanya akan diambil sekiranya kami mendapati rakan-penghantar sengaja tidak meneruskan slot yang dipilih atau terdapat sebarang tingkah laku yang mencurigakan.
  • Slot hanya ditawarkan di kawasan tertentu di bandar terpilih sahaja.
  • Tiada perubahan kepada struktur tambang dan insentif anda dengan penggunaan Ciri Slot Pilihan.

Soalan Lazim

Slot Pilihan adalah ciri yang membolehkan rakan-penghantar yang layak untuk memilih kawasan dan masa anda menerima pesanan GrabFood, GrabMart atau GrabExpress.

Slot adalah terhad. Untuk tempah slot, kunjungi bahagian Booking Planner (Perancang Tempahan) dalam aplikasi pemandu anda. 

Ciri ini akan dibuka kepada semua rakan-penghantar motosikal di Malaysia.

Jika anda layak untuk tempah slot, anda boleh menerima pesanan GrabFood, GrabMart atau GrabExpress semasa slot anda. Anda tidak boleh memilih jenis pesanan yang anda terima semasa slot anda.

Anda boleh tempah slot sekurang-kurangnya 5 minit sebelum slot bermula. Untuk pembatalan slot pula, anda boleh batalkan slot yang anda tempah 10 minit sebelum slot tersebut bermula. 

Pastikan anda batalkan slot dengan segera untuk memberi peluang kepada rakan-penghantar lain untuk menempahnya.

Untuk setiap rakan-penghantar, tempahan dihadkan kepada 12 slot sahaja dalam satu masa. Rakan-penghantar yang sudah menempah jumlah maksimum ini hanya boleh menempah slot baru selepas anda melengkapkan slot anda yang sedia ada.

Ya, anda akan menerima notifikasi peringatan 30 minit sebelum slot anda bermula. Pastikan anda pergi ke kawasan slot anda untuk mula menerima pesanan. 

Jika anda sudah tempah slot tetapi anda tidak berada dalam atau berada jauh daripada kawasan slot, anda tidak akan menerima sebarang pesanan.

Anda boleh lihat slot yang telah anda tempah di bahagian ‘My Booking’ atau ‘Perancang Tempahan’.

Jika anda terlepas slot anda lebih daripada sekali, anda boleh disekat daripada menempah slot pada minggu seterusnya. 

Jika anda lambat, anda masih lagi boleh melakukan slot anda. Walau bagaimanapun, anda diingatkan untuk melakukannya pada masa yang sepatutnya untuk mengelakkan daripada disekat pada minggu seterusnya.

Jika anda keluar atau berada jauh daripada kawasan slot, anda tidak akan menerima sebarang pesanan. Sila lakukan slot pada masa dan di kawasan yang dipilih.

Tidak, dengan ciri ini, anda hanya akan menerima pesanan dan menghantarnya di dalam kawasan slot anda.

Sebagai sebahagian daripada komuniti Grab, anda wajib mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan. Terima kasih.